Saturday, 28 June 2014

AKTIVTI YANG MENYOKONG DAN MEMBERI KESEDARAN

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Di Kampar
kampar 1Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran PDRM Perak, Majlis Daerah Kampar, JKJR Negeri Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kampar, JPAM Daerah Kampar dan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kampar  telah diadakan pada 24 Jun 2014 bertempat di SMK Seri Kampar, Kampar.
 Antara pengisian kempen yang mensasarkan kepada 250 pelajar sekolah tersebut adalah ceramah keselamatan jalan raya oleh PDRM, pameran dari 5 agensi kerajaan, OPS Didik dan advokasi motorsikal oleh JKJR Negeri Perak, serta pemeriksaan motorsikal secara mengejut oleh PDRM. Kempen diadakan sebagai usaha memberi kesedaran mengenai  bahaya dan risiko penggunaan jalan raya secara tidak selamat dan seterusnya mendidik untuk menjadi pengguna jalanraya yang mematuhi undang-undang jalanraya.

No comments:

Post a Comment